Tuesday, September 09, 2008

Pengumuman umum

Saya berasa gembira dapat kembali menulis di laman blog ini. Saya berpendapat blog ini akan digunakan untuk menyampaikan perihal topik-topik semasa seperti remaja, keluarga, alam sekitar dan lain-lain. Ini diharapkan boleh membantu saya (dan mungkin anda) memperluaskan pemikiran dan merangsang pemikiran kritik ke arah lulun peperiksaan.

Friday, August 04, 2006

Aaaaaaaaaahhhh... Ngantuk pula saya ini selamat malam

Thursday, July 27, 2006

Bahasa Melayu

selamat malam. Mulai dari hari ini, blog ataupun diari siber ini akan dijadikan blog Bahasa Melayu saya. semua komen dan tulisan saya mesti dan akan ditulis dalam bahasa Melayu.
Selamat menulis, dan salam sejahtera.

Sunday, March 19, 2006

renungan 8

pada minggu ini, kumpulan saya menghantar bod cerita kepada cikgu. Ianya sungguh tebal dan saya rasa cikgu akan mengambil masa yang lama untuk menyemak bod cerita itu.Kumpulan saya tidak boleh membuat slaid powerpoint kerana bod cerita belum disemak oleh cikgu. Saya akan pergi ke rumah sepupu saya hujung minggu ini untuk mengambil gambar-gambar yang diambil semasa kunjungan ke Rangsang rias Budaya II .Gambar-gambar itu ialah mengenai proses mencuci keris.

Tuesday, February 28, 2006

renungan 7

Pada hari isnin ini, kami sekelas telah menduduki ujian CA2. Masa untuk ujian itu agak lama tetapi kami diberikan majalah yang kami telah melanggan. majalah itu mengelak saya daripada tertidur. Pada hari rabu, kami terpaksa menulis renungan ini kerana makmal akan ditutup pada hari Jumaat. Saya telahpun mengambil maklumat dari komputer sepupu saya dan telahpun menghantarnya kepada Ketua kumpulan. Saya masih belum menghabiskan bod cerita tetapi saya sedang melakukannya.

renungan 6

Minggu ini, kami ke makmal komputer untuk meneruskan penyelidikan kami. Saya sudah pun menghabiskan penyelidikan saya dan juga penterjemahannya. Masalahnya, terjemahan itu berada di dalam komputer sepupu saya. Saya akan pergi ke rumahnya pada hujung minggu ini untuk mengambilnya. Bod cerita telah diberikan kepada kami dan tarikh menghantarnya ialah Jumaat minggu hadapan. Saya harus mengambil semua maklumat sebelum membuat bod cerita itu.

Thursday, February 23, 2006

renungan 5

Pada Jumaat yang lalu, kami sekelas membuat ujian surat kiriman rasmi. Ianya agak susah tetapi saya dapat menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan. Saya hanya berharap saya akan lulus dengan cemerlang dalam ujian itu.Pada minggu ini, kami ke makmal komputer untuk membuat penyelidikan lanjut tentang projek kami. Saya hampir menghabiskan penyelidikan saya tetapi belum menghantarkan penterjemahan maklumat saya dalam bahasa Melayu.Tidak banyak yang berlaku pada minggu ini kecuali mencari maklumat dan membuat penterjemahan.

Thursday, February 09, 2006

renungan empat

minggu ini, kami diarah untuk membuat surat kiriman rasmi secara individu.Kami hanya ke makmal komputer pada hari Jumaat untuk menulis renungan ini dan juga untuk meneruskan mencari maklumat. pada hari Jumaat juga kami mendapat balik kertas ujian CA1 kami.Pada hari isnin, kami diarah untuk merancang rangka surat kiriman kami. Ianya kurang seronok kerana tidak ke makmal komputer. Pada hari Rabu, kami sepatutnya pergi ke makmal komputer tetapi masa tidakkan kami ke sana. Kami kemudian diarah untuk berbincang tentang "board cerita" atau rangka untuk persembahan powerpoint. Selepas itu, kami meneruskan untuk menulis surat kiriman kami yang harus dihantar pada hari Jumaat