Sunday, February 05, 2006

renungan 3

Pada minggu ini, tidak banyak berlaku kerana kami hanya mempunyai empat masa untuk bahasa melayu. pada hari Rabu, kami ditunjukkan surat kiriman kami dan dinasihati cikgu kerana kualiti kerja kami. Kami kemudian pergi ke makmal komputer untuk mengemaskinikan blog kumpulan kami dan membuat pembetulan surat kiriman rasmi. Selepas itu, kami meneruskan mencari maklumat untuk projek kami. pada hari Jumaat, kami tidak ke makmal komputer tetapi cikgu mengajar cara untuk menulis surat kiriman rasmi dengan betul dan baik. Saya rasa maklumat dan cara-cara menulis itu amat berguna untuk tugasan-tugasan di masa hadapan.Kumpulan saya akan mengumpul maklumat-maklumat tentang projek ini sebelum minggu hadapan.Saya berharap maklumat-maklumat tersebut dapat dikumpulkan dalam masa terdekat.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home