Tuesday, January 31, 2006

Renungan 2

Pada minggu ini, kami sekelas hanya menggunakan 2 daripada 4 masa belajar untuk ke makmal komputer. Di makmal komputer, kami meneruskan mencari maklumat dan yang paling pernting, menaip kertas kerja ke dalam komputer untuk disemak oleh cikgu. Masa berlalu dengan cepat dan pada hari kedua, kami tidak ke makmal komputer tetapi, kami mengulangkaji format surat rasmi dan tidak rasmi. Cikgu berkata bahawa surat rasmi adalah penting kerana ia akan keluar untuk peperiksaan 'O'. Pada hari Khamis, kumpulan saya berkumpul untuk membuat surat kiriman rasmi yang ditugaskan oleh cikgu. Kami berjaya melaksanakannya dalam jangka masa satu jam. Saya rasa minggu ini tidak seteruk minggu lepas kerana kebanyakan kerja untuk minggu ini tidak dilaksanakan pada minggu lepas.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home