Tuesday, February 28, 2006

renungan 7

Pada hari isnin ini, kami sekelas telah menduduki ujian CA2. Masa untuk ujian itu agak lama tetapi kami diberikan majalah yang kami telah melanggan. majalah itu mengelak saya daripada tertidur. Pada hari rabu, kami terpaksa menulis renungan ini kerana makmal akan ditutup pada hari Jumaat. Saya telahpun mengambil maklumat dari komputer sepupu saya dan telahpun menghantarnya kepada Ketua kumpulan. Saya masih belum menghabiskan bod cerita tetapi saya sedang melakukannya.

renungan 6

Minggu ini, kami ke makmal komputer untuk meneruskan penyelidikan kami. Saya sudah pun menghabiskan penyelidikan saya dan juga penterjemahannya. Masalahnya, terjemahan itu berada di dalam komputer sepupu saya. Saya akan pergi ke rumahnya pada hujung minggu ini untuk mengambilnya. Bod cerita telah diberikan kepada kami dan tarikh menghantarnya ialah Jumaat minggu hadapan. Saya harus mengambil semua maklumat sebelum membuat bod cerita itu.

Thursday, February 23, 2006

renungan 5

Pada Jumaat yang lalu, kami sekelas membuat ujian surat kiriman rasmi. Ianya agak susah tetapi saya dapat menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan. Saya hanya berharap saya akan lulus dengan cemerlang dalam ujian itu.Pada minggu ini, kami ke makmal komputer untuk membuat penyelidikan lanjut tentang projek kami. Saya hampir menghabiskan penyelidikan saya tetapi belum menghantarkan penterjemahan maklumat saya dalam bahasa Melayu.Tidak banyak yang berlaku pada minggu ini kecuali mencari maklumat dan membuat penterjemahan.

Thursday, February 09, 2006

renungan empat

minggu ini, kami diarah untuk membuat surat kiriman rasmi secara individu.Kami hanya ke makmal komputer pada hari Jumaat untuk menulis renungan ini dan juga untuk meneruskan mencari maklumat. pada hari Jumaat juga kami mendapat balik kertas ujian CA1 kami.Pada hari isnin, kami diarah untuk merancang rangka surat kiriman kami. Ianya kurang seronok kerana tidak ke makmal komputer. Pada hari Rabu, kami sepatutnya pergi ke makmal komputer tetapi masa tidakkan kami ke sana. Kami kemudian diarah untuk berbincang tentang "board cerita" atau rangka untuk persembahan powerpoint. Selepas itu, kami meneruskan untuk menulis surat kiriman kami yang harus dihantar pada hari Jumaat

Sunday, February 05, 2006

renungan 3

Pada minggu ini, tidak banyak berlaku kerana kami hanya mempunyai empat masa untuk bahasa melayu. pada hari Rabu, kami ditunjukkan surat kiriman kami dan dinasihati cikgu kerana kualiti kerja kami. Kami kemudian pergi ke makmal komputer untuk mengemaskinikan blog kumpulan kami dan membuat pembetulan surat kiriman rasmi. Selepas itu, kami meneruskan mencari maklumat untuk projek kami. pada hari Jumaat, kami tidak ke makmal komputer tetapi cikgu mengajar cara untuk menulis surat kiriman rasmi dengan betul dan baik. Saya rasa maklumat dan cara-cara menulis itu amat berguna untuk tugasan-tugasan di masa hadapan.Kumpulan saya akan mengumpul maklumat-maklumat tentang projek ini sebelum minggu hadapan.Saya berharap maklumat-maklumat tersebut dapat dikumpulkan dalam masa terdekat.