Thursday, January 19, 2006

Renungan 1

Dalam kelas bahasa Melayu yang lalu, kami sekelas telah pergi ke makmal komputer. Makmalnya kecil dan banyak komputer yang tidak boleh digunakan. Ruangnya sempit tetapi selesa kerana berhawa dingin dan kerusinya beroda. Kumpulan saya mendapat dua buah komputer untuk digunakan untuk penyelidikan. Melalui penyelidikan ini, kumpulan saya telah dapat mempelajari banyak perkara tentang budaya dan adat istiadat orang Melayu yang belum pernah kami ketahui. Kami akhirnya memilih tajuk "Penggunaan Keris" setelah lama memilih dan pertimbangan tajuk-tajuk yang lain. Cikgu pula mencatatkan tajuk yang menjadi pilihan kami sebelum kami mula berbincang tentang bagaimana caranya melaksanakan projek tersebut. Saya rasa kumpulan saya telah berjaya memilih tajuk yang menarik dan saya berharap dapat menghabiskan projek ini dengan mudah dan baik

0 Comments:

Post a Comment

<< Home